Jumaat, 12 Oktober 2012

Sunan Musafir - Penamat trilogi Laksamana Sunan karya RAM


Assalamualaikum,

lamanya x update blog. sekarang nie saya banyak melangut kat facebook. Ada bisnes skit kat sana. Lagi pulak lepas raya hari tue saya agak bz kat office. Balik rumah pulak macam-macam urusan & benda yg nak kena buat, so blog nie agak terabai skit. Banyak peristiwa penting nak update..tunggu giliran angin rajin saya menjengah ye...

Sekarang nie saya tengah layan buku nie...


Sunan Musafir - penamat trilogi kisah laksamana sunan

Sebenarnya novel nie dah lama beli. Bulan 6 hari tue sebelum puasa lagi. Cuma, sebelum puasa hari tue tengah 'gila' sekejap layan citer korea buku-buku semua hantar masuk dlm kabinet dulu. Lepas habis satu drama bersiri korea saya layan, saya stop kejap. Satu sebab nak masuk bulan puasa dan yg kedua kalau saya sambung tengok drama lain pulak memang x jadi keje la kan...masa tue dah berapa bulan asyik layan drama korea je. Memang boleh 'gila' kalau dah terjebak nie. So, saya ambil keputusan tutup dan stop bagi tempoh bertenang dulu. Lepas tue memang saya rasa hidup saya tenang skit...hehehe

Sekarang tengah layan lak buku nie. Saya baca buku sebelum tido bagi mata cepat mengantuk. Selalunya x sempat nak baca buku dah terlelap dulu. Kekadang hubby tolong gak ambil buku tue simpankan kalau saya dah terlelap. kekadang bila saya bangun esok paginya tengok baby syirah kat sebelah tengah 'membaca' buku saya tue. Ini memang mengundang air mata !


Sya memang peminat RAM. Ini koleksi yg saya ada...

Antara koleksi RAM yang masih dicari adalah :-

  1. Igauan maut – tiada
  2. Anugerah pertama
  3. Pei pan – tiada
  4. Tombiruo
  5. Semangat hutan
  6. Tombiruo terakhir
  7. Ranggau
  8. Mandatori – dah baca tapi tiada naskah simpanan
  9. Adam
  10. Satu Janji
  11. Bagaikan puteri
  12. Rahsia Perindu
  13. Hatiku di harajuku
  14. Cinta sang ratu
  15. Hijab sang pencinta
  16. Ungu karmila
  17. Mikhail –  dah baca tapi tiada naskah simpanan
  18. Personal Justice (Adam versi inggeris) - tiada
  19. 9 nyawa
  20. Cinta sufi
  21. Rayyan fantasi 
  22. Sutera Bidadari
  23. Fiksyen 302
  24. Sunan Musafir

Ok, fasal novel sunan musafir nie ia adalah lebih kepada penutup setiap peristiwa dan watak yg tergantung di dalam novel-novel sebelum ini. Jadi, kalau korang dah baca novel-novel laksamana sunan sebelum nie dan nak tau apa pengakhiran kisah Maryam, Indera a.k.a Saifullah, Ratna Sang Ratu, Haryani, dan Laksamana Sunan sendiri korang kena baca buku nie. Last sekali kita akan sedar juga sekuat mana, sebijak mana seseorang itu, Allah juga yg Maha Lebih mengatasi dari segala-galanya dan kepada-Nya juga kita akan kembali.

Nak sambung baca nie...

Wassalam.

* semalam masa hantar kakak Batrisyia ke Krista, bukan main seronok dia tengok ada photografer utk sessi bergambar kat sekolah. Tahun depan kakak dah sekolah kebangsaan dah....cepatnya masa berlalu..